Wednesday, April 26, 2006

 

Belum Ada Pendakwaan Ke atas Tahanan 26 Mac

Pihak Pendakwaraya dikatakan belum mengemukakan hasil penyiasatan ke atas 21 orang awam yang ditahan semasa himpunan aman membantah kenaikan harga minyak 26 Mac lalu. Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Dang Wangi, ASP Sydney Clyde Jeremiah kepada bekas tahanan yang hadir melaporkan diri di Balai berkenaan pagi ini.

Sehubungan dengan itu, ASP Sydney menetapkan 30 Mei sebagai tarikh baru bagi semua tahanan melaporkan diri kepada beliau. Beliau melanjutkan jaminan Polis yang ditetapkan semasa membebaskan kesemua tahanan tempoh hari.

Pihak bekas tahanan menyatakan kekesalan mengenai kelambatan proses penyiasatan serta membuat keputusan oleh pihak pendakwaraya. Setelah sebulan, kes yang mudah itu masih belum diputuskan, dan menyebabkan banyak masa terbuang untuk datang semula ke balai bagi melaporkan diri. Mereka yang datang sejauh Kedah dan Pulau Pinang mahukan polis meningkatkan efisiensi mereka bagi mengelakkan pembaziran.

Mereka juga mengambil keputusan untuk mewakilkan peguam memastikan dengan pihak polis samada terdapat pertuduhan sebelum mereka datang semula melaporkan diri.

Turut hadir di Balai Dang Wangi pagi ini ialah Dr Siti Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat, Sdr Lih Kang dari SUARAM, Pn Nuridah Salleh, Ketua Muslimat W Persekutuan serta penyokong dari PAS dan KeADILan.

Tuesday, April 25, 2006

 

Gambar Himpunan Sebar Leaflet

Lihat sebahagian adegan di Jakan Masjid India di alamat berikut:

http://pg.photos.yahoo.com/ph/ummuanas1993/album?.dir=/4d63scd&.src=ph&.tok=phaZMwEBDFxTrmjA

 

Buku "Kenaikan Harga Minyak - Hakikat & Persoalan"

Di ambil dari blogspot "Practice Subversive"
E-Buku : Kenaikan Harga Minyak - Hakikat & Persoalan

Tujuan e-buku ini diterbitkan di internet supaya boleh dibaca oleh semua pengguna internet di Malaysia dan lain-lain.

Buku ini diterbitkan oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES)//Protes adalah gabungan parti-parti politik termasuk PAS, PKR, PSM, NGO dan gerakan pelajar.

Sila Muat Turun dari:

E-Buku : Kenaikan Harga Minyak - Hakikat & Persoalan

 

Sebar Maklumat Berjaya

Himpunan untuk mengedarkan risalah dan buku kecil mengenai kenaikan harga minyak di Jalan Masjid India telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti anjuran Gabungan Memprotes Harga Minyak (PROTES) pada hari Sabtu, 22 April lalu turut disertai hampir 500 orang dari berbagai golongan rakyat. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Salahudin Ayub (PAS), R. Sivarasa dan Tian Chua (KeADILan), Ronnie Liu (DAP), Arutchelvan (PSM), Dr Lo' Lo' dan Dr. Hatta Ramli dari PAS.

Himpunan bermula di depan Masjid India dengan ucapan penerangan oleh Dr Hatta, Penyelaras PROTES. Setiap peserta di berikan pamflet dan buku kecil bertajuk "Kenaikan Harga Minyak: Hakikat dan Persoalan" untuk diedarkan. Himpunan itu kemudian bergerak beramai-ramai mengedarkan risalah tersebut kepada peniaga-peniaga, orang awam termasuk pihak berkuasa polis yang berada di sepanjang Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abd Rahman sehingga ke Pusat Beli Belah Sogo. Peserta berkumpul semula di depan Sogo di mana pimpinan bergilir-gilir memberikan ucapan. Peristiwa itu mengingatkan semula episod reformasi yang berlaku 7 tahun yang lalu.

Peserta kemudiannya berarak semula melalui kawasan Pasar Malam sehingga bertemu semula di depan Masjid India. Majlis berakhir dengan pesanan akhir oleh Dr Hatta dan Tian Chua. Himpunan ini menyemarakkan semula kesedaran rakyat untuk membantah ketidak-adilan pemerintah ke atas rakyatnya sendiri

Friday, April 21, 2006

 

Harga Minyak Takkan Naik?

Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan semalam bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak di pasaran dunia kini melebihi USD 72 bagi satu tong. Ini, katanya adalah janji kerajaan semasa menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen 28 Feb lalu.

Lebih menyedihkan apabila Menteri Kewangan kedua menyebut bahawa subsidi kerajaan meningkat RM3.6 bilion bila harga minyak dunia naik, hampir-hampir menghapuskan penjimatan RM4.4 bilion yang disumbang oleh rakyat, bila subsidi dikurangkan. Ini benar-benar umpama cerita Lebai Malang.

PROTES melihat kenyataan ini sebagai pujukan kepada rakyat ekoran reaksi marah rakyat yang menderita akibat kenaikan harga bahan bakar. Ia seolah meminta simpati agar rakyat memahami tindakan kerajaan itu. Ia juga seolah-olah permulaan proses psikologi massa untuk membolehkan Kerajaan mungkir janji dan menaikkan sekali lagi harga minyak.

PROTES mengulangi pandangannya bahawa sebagai negara pengeksport minyak (net exporter), Malaysia beroleh keuntungan besar akibat kenaikan harga dunia bagi minyak. Petronas pasti akan mencatit untung berlipat kali ganda. Adakah kerajaan akan menafikan fakta ini? Beranikah kerajaan mendakwa Petronas akan rugi? Oleh itu sebarang kenaikan akibat import kita bagi minyak luar (satu ironi bagi Malaysia) pasti ditampung oleh keuntungan harga jualan export (melainkan Malaysia mengeksport dengan harga murah, atau dah buat jualan awal minyak yang belumpun keluar dari bumi/laut...manalah tahu).

Oleh yang demikian, memang sepatutnya harga bahan bakar kita tidak perlu dinaikkan. Gunakanlah untung Petronas itu untuk rakyat.

Jika kerajaan mengemukakan hujah lain bagi menjustifikasi kenaikan harga, kita berhak tahu apakah jenis 'dealing' yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan Malaysia sehingga nikmat harga meningkat di dunia tidak dapat ditumpng oleh rakyat. Kalau harga getah dunia naik (kita net exporter), rakyat untung, harga minyak sawit naik (kita net exporter), rakyat untung, tapi minyak mentah naik rakyat rugi. Berniaga apa ni?

Dr Hatta
Penyelaras PROTES

 

Dari Harakahdaily: PROTES edar risalah bantah kenaikan harga minyak esok

Fri Apr 21, 06 03:43:48 PM Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 21 April (Hrkh) - Orang ramai diminta turun bersama-sama ke 'Himpunan Khas dan Kempen Edaran Risalah Protes Kenaikan Harga Minyak' yang akan diadakan di Jalan Masjid India pada esok (Sabtu, 22 April 2006).
Himpunan yang akan bermula jam 3 petang itu dianjurkan Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bagi meneruskan bantahan kepada kerajaan ekoran kenaikan harga minyak, baru-baru ini.
Dalam program tersebut, risalah yang diterbitkan Protes mengenai kenaikan harga minyak akan diedarkan kepada orang ramai sepanjang jalan berkenaan yang menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah.
Orang ramai yang berminat menyertai himpunan berkenaan perlu berkumpul di hadapan Masjid India pada jam 3.00 petang.

Thursday, April 20, 2006

 

Tahanan Demo 26 Mac Lapor diri 26 April

21 orang anggota perhimpunan aman anjuran MTUC dan beberapa organisasi politik dan NGO pada 26 Mac yang lalu akan melaporkan diri di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Stadium pada hari Rabu, 26 April, jam 9.00 pagi. Mereka adalah kumpulan yang ditahan oleh polis pada hari perhimpunan tersebut. Antara mereka ialah dua orang wanita.

Mereka yang dibebaskan dengan ikat jamin polis sebanyak RM3000 seorang, akan mengetahui samada akan dikenakan tuduhan atau tidak oleh pihak berkuasa pada hari tersebut.

Pemimpin politik dan NGO dijangka turut sama hadir pada hari itu. Rakan-rakan yang prihatin diharap berada sama di Balai Polis Jln Stadium bagi memberikan sokongan moral kepada protes terhadap kenaikan harga minyak.

Wednesday, April 19, 2006

 

Protes terbitkan buku mengenai Kenaikan Harga Minyak

Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes), akan menerbitkan buku kecil bertajuk "Kenaikan Harga minyak - Persoalan dan Hakikat" 21 April ini. Buku itu akan diedarkan kepada orang ramai untuk memahami apa yang berlaku ekoran kenaikan minyak dan bagaimana kesannya kepada rakyat. Sebelum ini, Protes telah menerbitkan pamflet khas berhubung kenaikan harga minyak ini. Ia berupa soalan dan jawapan (Q & A) tentang kenaikan harga minyak. Sehingga kini, 12,000 salinan telah diedarkan semasa himpunan dan ceramah-ceramah di merata tempat.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Protes di http://proteshargaminyak.blogspot.com/

 

Friday, April 14, 2006

 

Apa selepas ini

1. Ceramah Perdana "Bantah Kenaikan Harga Minyak"
Tarikh: 17 April, 2006 (Isnin)
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Waktu: 8 malam
Penceramah: Ust Nasharudin Mat Isa (PAS), Sivarasa Rasiah (KeADILan), Arutchelvan (PSM)
Lim Guan Eng (DAP), Zaid Kamarudin (JIM), Wakil Pelajar, Dr Kua Kia Soong (SUARAM)

2. Himpunan Mengedar Pamflet
Tarikh: 22 April, 2006 (Sabtu)
Tempat: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Berhimpun depan Masjid India
Waktu: 3 petang

3. Buku Kecil "KENAIKAN HARGA MINYAK-PERSOALAN DAN HAKIKAT"
Akan terbit pada hari Rabu 19 April, 2006. Tunggukan kelahirannya

4. Himpunan Raksaksa Rakyat Prihatin
Tarikh: Bulan Mei 2006, (akan ditetapkan kemudian-tunggu pengumuman lanjut)

 

APA YANG SUDAH TERLAKSANA

1. Sejak dilancarkan, PROTES telah menerbit pamflet Q & A mengenai kenaikan harga minyak. 12,000 salinan telah diedarkan semasa himpunan dan ceramah-ceramah di merata tempat.

2. Setakat ini PROTES telah turut sama menganjurkan 3 kali demonstrasi aman. Yang terakhir di Kuala Lumpur ialah pada 26 Mac bersama-sama dengan MTUC, yang berakhir dengan kekecohan dan tangkapan ke atas 22 penunjuk perasaan.

3. Ceramah Umum di Taman Melewar pada 8 April, yang menggandingkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Hj Husam Musa dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli

 

Come and Join PROTES

PROTES, or Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak, is a loose coalition of political parties, NGOs and student bodies, formed immediately after the unpopular raise of fuel price on February 28, 2006. Its slogan of 'Protes Sampai Turun' was first displayed during a peaceful demonstration on March 10 at the compound of the Petronas Twin Towers.

Formed solely to protest the unfair and unjust raise of fuel prices, PROTES aims to educate the public on the implication of the fuel price hike on the life of common persons. In so doing, PROTES will publish notes, pamhlets and booklets for easy reading and understanding. PROTES will also mobilise the support of the masses to physically protest the price hike through peaceful demonstrations and public lectures.

It is the sincere hope of the PROTES Organisers that the public will come out in full suport of the activities meant to create awareness, and at the same time, put pressure on the government into admitting its mistake and rescind its decision.

We welcome NGOs and individuals to participate in making suggestions to make our activities more interesting and effective. Please use this blogsite to link us to you.

'PROTES SAMPAI TURUN'

Dr Hatta Ramli
PROTES Coordinator.

e-mail: proteshargaminyak@yahoo.com
handphone: 0193398659
office: 03-40254741
Fax: 03-40254740

This page is powered by Blogger. Isn't yours?