Wednesday, April 26, 2006

 

Belum Ada Pendakwaan Ke atas Tahanan 26 Mac

Pihak Pendakwaraya dikatakan belum mengemukakan hasil penyiasatan ke atas 21 orang awam yang ditahan semasa himpunan aman membantah kenaikan harga minyak 26 Mac lalu. Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Dang Wangi, ASP Sydney Clyde Jeremiah kepada bekas tahanan yang hadir melaporkan diri di Balai berkenaan pagi ini.

Sehubungan dengan itu, ASP Sydney menetapkan 30 Mei sebagai tarikh baru bagi semua tahanan melaporkan diri kepada beliau. Beliau melanjutkan jaminan Polis yang ditetapkan semasa membebaskan kesemua tahanan tempoh hari.

Pihak bekas tahanan menyatakan kekesalan mengenai kelambatan proses penyiasatan serta membuat keputusan oleh pihak pendakwaraya. Setelah sebulan, kes yang mudah itu masih belum diputuskan, dan menyebabkan banyak masa terbuang untuk datang semula ke balai bagi melaporkan diri. Mereka yang datang sejauh Kedah dan Pulau Pinang mahukan polis meningkatkan efisiensi mereka bagi mengelakkan pembaziran.

Mereka juga mengambil keputusan untuk mewakilkan peguam memastikan dengan pihak polis samada terdapat pertuduhan sebelum mereka datang semula melaporkan diri.

Turut hadir di Balai Dang Wangi pagi ini ialah Dr Siti Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat, Sdr Lih Kang dari SUARAM, Pn Nuridah Salleh, Ketua Muslimat W Persekutuan serta penyokong dari PAS dan KeADILan.

Comments:
smoga tabah dan bersemangat.sy doakan supaya hak rakyat dpt dkembalikan...
 
Terima atas sokongan dan dorongan. Saya yakin seluruh yang tertangkap rasa lega dengan backing kawan2
 
Pihak yang menganjurkan protest ni nampaknya mereka yang dah politically OUT. Mana Ismail Noh?, Mana Wan Azizah?, mana Kit Siang? Mana Abdul fatah? Salahuddin? dan ahli-ahli Perlimen yang berjiwa rakyat tu.
 
kami sudah menukar gambar2 buku harga minyak yang discan kedalam bentuk pdf. Boleh download dalam di http://dppkkj.blogspot.com/
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?