Friday, April 21, 2006

 

Harga Minyak Takkan Naik?

Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan semalam bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak di pasaran dunia kini melebihi USD 72 bagi satu tong. Ini, katanya adalah janji kerajaan semasa menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen 28 Feb lalu.

Lebih menyedihkan apabila Menteri Kewangan kedua menyebut bahawa subsidi kerajaan meningkat RM3.6 bilion bila harga minyak dunia naik, hampir-hampir menghapuskan penjimatan RM4.4 bilion yang disumbang oleh rakyat, bila subsidi dikurangkan. Ini benar-benar umpama cerita Lebai Malang.

PROTES melihat kenyataan ini sebagai pujukan kepada rakyat ekoran reaksi marah rakyat yang menderita akibat kenaikan harga bahan bakar. Ia seolah meminta simpati agar rakyat memahami tindakan kerajaan itu. Ia juga seolah-olah permulaan proses psikologi massa untuk membolehkan Kerajaan mungkir janji dan menaikkan sekali lagi harga minyak.

PROTES mengulangi pandangannya bahawa sebagai negara pengeksport minyak (net exporter), Malaysia beroleh keuntungan besar akibat kenaikan harga dunia bagi minyak. Petronas pasti akan mencatit untung berlipat kali ganda. Adakah kerajaan akan menafikan fakta ini? Beranikah kerajaan mendakwa Petronas akan rugi? Oleh itu sebarang kenaikan akibat import kita bagi minyak luar (satu ironi bagi Malaysia) pasti ditampung oleh keuntungan harga jualan export (melainkan Malaysia mengeksport dengan harga murah, atau dah buat jualan awal minyak yang belumpun keluar dari bumi/laut...manalah tahu).

Oleh yang demikian, memang sepatutnya harga bahan bakar kita tidak perlu dinaikkan. Gunakanlah untung Petronas itu untuk rakyat.

Jika kerajaan mengemukakan hujah lain bagi menjustifikasi kenaikan harga, kita berhak tahu apakah jenis 'dealing' yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan Malaysia sehingga nikmat harga meningkat di dunia tidak dapat ditumpng oleh rakyat. Kalau harga getah dunia naik (kita net exporter), rakyat untung, harga minyak sawit naik (kita net exporter), rakyat untung, tapi minyak mentah naik rakyat rugi. Berniaga apa ni?

Dr Hatta
Penyelaras PROTES

Comments:
naik tetap naik!!!
 
saya telah 'scan' buku enaikan Harga Minyak - Hakikat & Persoalan
yang telah diedarkan semalam. Kepada sesiapa yang tidak mendapat salinannya boleh lah dibaca di
http://subversif.blogspot.com
 
Terima kasih. Saya telah 'cedok' hasil kerja saudara dan paste pd blog ini.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?