Tuesday, April 25, 2006

 

Sebar Maklumat Berjaya

Himpunan untuk mengedarkan risalah dan buku kecil mengenai kenaikan harga minyak di Jalan Masjid India telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti anjuran Gabungan Memprotes Harga Minyak (PROTES) pada hari Sabtu, 22 April lalu turut disertai hampir 500 orang dari berbagai golongan rakyat. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Salahudin Ayub (PAS), R. Sivarasa dan Tian Chua (KeADILan), Ronnie Liu (DAP), Arutchelvan (PSM), Dr Lo' Lo' dan Dr. Hatta Ramli dari PAS.

Himpunan bermula di depan Masjid India dengan ucapan penerangan oleh Dr Hatta, Penyelaras PROTES. Setiap peserta di berikan pamflet dan buku kecil bertajuk "Kenaikan Harga Minyak: Hakikat dan Persoalan" untuk diedarkan. Himpunan itu kemudian bergerak beramai-ramai mengedarkan risalah tersebut kepada peniaga-peniaga, orang awam termasuk pihak berkuasa polis yang berada di sepanjang Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abd Rahman sehingga ke Pusat Beli Belah Sogo. Peserta berkumpul semula di depan Sogo di mana pimpinan bergilir-gilir memberikan ucapan. Peristiwa itu mengingatkan semula episod reformasi yang berlaku 7 tahun yang lalu.

Peserta kemudiannya berarak semula melalui kawasan Pasar Malam sehingga bertemu semula di depan Masjid India. Majlis berakhir dengan pesanan akhir oleh Dr Hatta dan Tian Chua. Himpunan ini menyemarakkan semula kesedaran rakyat untuk membantah ketidak-adilan pemerintah ke atas rakyatnya sendiri

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?