Friday, May 26, 2006

 

Bagaimana Nak Ke KLCC Ahad Ini

Sebagai panduan bagi mereka yang jarang ke KLCC, maklumat berikut mungkin berguna:

1. Tempat himpunan ialah depan Menara Berkembar di depan Jalan Ampang. Bila tiba ke situ pasti nampak orang ramai. Tak boleh miss punya.

2. Jika tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri, khidmat teksi sangat berguna. Tambang mengikut jarak perjalanan.

3. Lebih mudah jika menggunakan LRT: Dari Kelana Jaya dan sekitar kawasan yang dilalui PUTRA LRT, sila turun di Stesen KLCC. Dari Terminal Melati di Gombak, PUTRA LRT juga akan terus membawa anda ke Stesen KLCC

4. Yang menaiki STAR LRT, samada dari Ampang, Sri Petaling atau Sentul, sila tukar ke PUTRA LRT di Stesen Masjid Jamek, lalu tuju ke Stesen KLCC.

5. Yang menaiki Monorail dari Sentral atau Titiwangsa, turun di Stesen Bukit Nanas, kemudian berjalan kaki ke KLCC melalui Jalan Ampang. Dalam 10 minit dah tiba KLCC

6. Bagi yang memandu kereta, tempat letak kereta banyak di sebelah Bangunan Tabung Haji (free), atau di KLCC sendiri, tapi kena bayar le.

7. Bagi yang memboikot penggunaan petrol pada hari itu, jalan kakipun elok juga, tapi tentukan bawa poster yang berkaitan.

Lain-lain tips:

1. Jika hari panas, air mineral amat membantu. Rasanya kita ada sponsor air mineral, tapi manalah tahu kalau bekalan tak tiba, elok bawa bersama sebotol-dua

2. Kalau ada manilla card extra kat rumah tu, tulislah slogan-slogan yang sesuai untuk membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Karikatur yang menarik pun dialu-alukan, asal jangan yang menghina sesiapa

3. NGOs yang berkemampuan patut membawa sepanduk (banner) yang sesuai bagi menyampaikan hasrat di hati. Kalau ditulis nama organisasi masing-masing pada sepanduk tu lagi cantik.

4. Kita tidak akan mengadakan perarakan, sekadar berhimpun dan mengikuti beberapa aktiviti yang disediakan. Jadi tak payahlah berpakaian sukan atau berkasut sukan, melainkan untuk persediaan jika disuraikan dengan cara tidak beretika.

5. Bawalah ahli keluarga bersama kerana ini himpunan aman. Jika bernasib baik anak-anak kita akan dapat menonton kawad kuda-kuda polis serta acara tabik hormat FRU


Selamat berhimpun dan beroleh kejayaan.

Dr Hatta Ramli
PROTES

Comments:
Sdr Koordinator,

Saya ni bukanlah nak menghalang sesiapa menyertai mana-mana demo. Masa reformasi dulupun, saya rajin turun padang, ke Jln Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka. Tapi rasanya zaman berdemo mungkin dah berlalu.

Nasihat saya, curahkan tenaga dan kreativiti sdr tu ke arah yang lebih bermanfaat, yang impaknya lebih berkesan.

Macam DAP tu. Depa dah tak payah pulun teruk-teruk. Pasai PROTES dah pulun setengah nyawa. Depa cuma menuai apa yang telah disemai oleh PROTES. PROTES yang susah payah. DAP yang untung.

Tak untung macam mana? PROTES dah berkempen apa yang depa nak kempen. Depa cuma bagi isu saja. Orang lain yang susah payah. Depa kempen cara lain, yang lebih berkesan untuk memajukan bangsa depa. Yang kena tangkap, PROTES.

Itulah yang kita nak bangga pun.

Tak caya, buatlah demo!
 
Saya rasa pada dasarnya kempen ini kurang berkesan kerana di sebalik niat suci untuk memprotes harga minyak, saya rasa majoriti mereka yang hadir masih menggunakan 'minyak' untuk datang ke KLCC. Tambahan pula hari yang dicadangkan(ahad) kurang sesuai kerana kebanyakan kita terutama yang sudah berkeluarga pasti mahu meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak ataupun balik ke kampung dan yang masih bujang pasti mahu mengisi hari ahad dengan keluar dengan kekasih atau rakan-rakan(arguement ini masih boleh dipertikaikan). Saya rasa antara cara yang lebih baik(walaupun keberkesanannya masih diragui) ialah dengan mengadakan kempen seperti "Satu hari tanpa minyak/petrol". Saya rasa kempen begini lebih besar(harap-harapnya) impaknya. Cuba anda bayangkan berapa banyak kerugian yang akan dialami oleh stesen-stesen minyak jika tiada sesiapa datang ke stesen petrol mereka walaupun untuk tempoh sehari?
 
lentara jika kamu penyecut diam2 saja di mahligai indah kamu - KAMI PEJUANG kita amat bangga & tapik dgn insentif pejuang2 kemasyaratan kita spt Dr.Hatta dll.Kami tidak akan berputus-asa hulur kebajikan luangan teriak rakyat susah teranyai kerja setan-iblis dari bekas tangan2 kuku besi kejam jahanam Regim Firhaun BN. Hidup-Hidup Hidup Rakyat !
 
Demo? Tak payah laaa...buang masa sahaja. Yang paling happy kalau ada demo ni -FRU. Ada chance la nak praktis belasah orang. Nak tanya sikit - selama ni PAS taja demo sana-sini, apakah hasilnya?
 
kalau nak buat demo jugak kene ader Unit Pelindung yang serupa macam FRU lengkap Pakai Pelindung dan Memakai Kayu sebagai senjata jika Penunjuk perasaan diserang oleh FRU
 
Jadi Contoh lah macam Penunjuk Perasaan Korea Selatan mereka berani melawan FRU disana ampai dapat dikalahkan
 
Pas buat demo dengan kawan2 lain, ie parti dan NGO. DAP pun turun. Baru ni Ronnie Liu pun kena tangkap. Dia tu org DAP yop. Rakyat ternyata sensitif dgn isu ni sampai DAP menang 6 kerusi di Swak, manakala Pas kurangkan majoriti dari 3k kepad 800+ aje. Itu kira ok le.

Bila kita kempen, rakyat baru tau Saudi turunkan harga di pam 30% bila harga minyak dunia naik, tapi Malaysia panik bila harga dunia naik. Malaysia tak suka harga komoditi yang dia eksport naik harga. Pelikkan?

Jadi mari kita pakat2 didik rakyat. Kita tak suruh semua org demo. Yg demo, demo lah, yg ceramah carry on, yang sebar risalah teruskan, yang kutuk2 pun gasak hang lah
 
BUY CHEAP CIALIS
CIALIS - THE BEST TREATMENT IMPOTENCE
TRATMENT IMPOTENCE
ORDER VIAGRA ONLINE AND SAVE MORE THEN 60% of your MONEY...!!!
 
BUY CHEAP CIALIS
CHEAP CIALIS...LOW-COST VIAGRA...HALF-PRICE LEVITRA.LIPITOR.ZOLOFT.ANTIDEPRESSANTS..
BUY LOW-COST VIAGRA ! HALF-PRICE CIALIS ! CHEAP LEVITRA !
BUY CHEAP VIAGRA ONLINE.DYSFUNCTION ERECTILE MEDICATION MEDs
BUY CIALIS ONLINE
BUY LOW-COST CIALIS.HALF-PRICE VIAGRA.CHEAP LEVITRA...
BUY LOW-COST VIAGRA ! HALF-PRICE CIALIS ! CHEAP LEVITRA !
BUY CHEAP VIAGRA ONLINE.DYSFUNCTION ERECTILE HELP
ACNE MEDICINE ONLINE
ACNE MEDICINE
WHAT IS ANTHELMINTICS

what is Albenza ?
ANTIBACTERIAL MEDICINE & CARE
buy amoxil low-cost
AMPICILLIN ONLINE

ne-ampicillin.html>buy online ampicillin

BUY CHEAP BACTRIM
backtrim
NEW DRUGS & PILLS… SUPER-VIAGRA…
LOW-COST CIALIS
BUY CIPRO ONLINE
SUPER VIAGRA.
BUY CHEAP DIFLUCAN ONLINE
buy diflucan
BUY CHEAP SUPER VIAGRA ONLINE AND SAVE 70 % OF MONEY...
BUY GENERIC CIALIS

DISCOVER CREDIT CARDS
 
apalah tduh2 org firaun..berdosa besar tu..awk tu da ckup pahala ke?? sedarlah kiamat da dekat.. harga minyak turun pun klau kiamat blh bwak g kubur ke minyak2 tu??
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?