Tuesday, May 30, 2006

 

FRU Ganas!!!...Perhimpunan Kemuncak Protes Harga Minyak

Nukilan Peserta Demo



“Umi balikla,balikla Umi….” Itulah rayuan dari anak saya Asiah Bad Latif (5 tahun) berkali-kali kepada saya setiap kali beberapa oarng FRU menghambat dan menghalau kami keluar dan balik. Hati jadi sakit dengan tindakan FRU yang menghalau dan menolak2 kami dengan kasar dengan menggunakan perisai plastik mereka. FRU terus menolak-nolak kami dengan menjerit-jerit baliklah! Baliklah!. Ketika itu pakaian kami semua sudah basah lencun disiram dengan air dari pancutan truck water cannon FRU. Mereka benar-benar bertindak kasar kali ini. Ramai yang membuat kenyataan yang sama. Polis dan FRU bertindak sangat ganas. Itulah juga ungkapan Asiah ketika berehat sambil melukis di rumah selepas pulang dari demo dan penjara pudu. ”Boo...booo...booo...Polis Jahat...FRU Ganas...Polis Ganas..” Kami tidak mengajarnya pun untuk bercakap begitu...tapi mungkin sebab dia mendengar laungan para peserta demo di siang hari itu dan melihat sendiri bagaimana Pak Zahirnya dibelasah oleh polis berkali-kali di tengah-tengah jalanraya yang sibuk.



Polis dan FRU juga bertindak ganas dengan mengejar para peserta demo tanpa memberikan ruang untuk semua beredar. Mereka bertindak kasar kepada semua yang berhimpun secara aman dan menangkap sesiapa sahaja. Saya yakin tidak ada sesiapa yang bertindak ganas dan cuba melawan ketika ditangkap. Kami semua tidak bersalah,kenapa pula kami mesti melawan??. Kami hanya berkumpul untuk menyatakan rasa marah dan kesal terhadap tindakan pemimpin yang zalim dan lansung tidak mementingkan kehendak dan keperluan rakyat. Itulah sahaja cara yang ada dalam ruang lingkup demokrasi untuk menyatakan hak rakyat kepada rakyat secara umum.



Pada demo kali ini, ramai peserta demo yang tidak lagi gentar dengan pancutan air dari truck water cannon. Anak-anak Sdr Zahir Hassan, saya dan anak-anak juga telah bertekad untuk tidak lari dan terus berdiri tegak sekiranya air dipancutkan keluar dari truck FRU. Syifa’ Zahir mengajar Asiah supaya jangan takut dan tutup muka dengan tudung bila terkena air. Sebelum ini memang telah kita ketahui yang air yang dipancutkan dari truck tersebut ialah air kimia yang memedihkan mata dan menyengat di badan. Tetapi kami tetap bertekad berdiri tegak ketika badan disimbahi air tersebut. Alhamdulillah,ianya hanyalah pancutan air biasa saja, jadi Asiah langsung tidak menangis dan terus berdiri tegak bersama-sama kami.



Selesai pancutan air tersebut,mulalah kelihatan beberapa orang yang sudah siap ’dijaga’ oleh polis-polis SB yang tidak berpakaian seragam, itulah taktik mereka. Mungkin mereka-mereka ini telah ’aim’ dan siap sedia berdiri di sebelah mereka-mereka yang ditangkap. Tiba masanya sahaja terus dipegang tangan untuk ditangkap, Main cekup sahaja untuk cukupkan kuota. Ketika itulah kelihatan Sdr Zulkifli Nordin, Ronnie Liu, Hj Azahari Kadir, Sdr Syakir dan lain-lain telah ditangkap.



Ketika itu juga ,mungkin kerana kami tidak berganjak dari tempat kami berdiri maka mulalah datang sekumpulan FRU menghalau dan menolak-nolak kami untuk keluar dari kawasan tersebut. Kami tidak melawan Cuma meminta supaya FRU tidak menolak kami dan mengahalau kami seumpama binatang. Ketika saya dan Asiah didokongan saya ditolak-tolak ditepi jalan, Sdr Zahir juga turut ditolak-tolak. Ketika itulah Sdr Zahir terus berlari meluru ke jalanraya (Jalan Ampang berdepan K-Avenue) apabila melihat anak-anak perempuannya ditolak dengan kasar oleh FRU dengan perisai plastik mereka. Anak-anak Sdr Zahir ditolak dan dihalau ke atas jalanraya,Jalan Ampang yang sibuk dengan lalu lintas, sudah tentu mereka terpaksa menahan dari terus ditolak. Naluri hati ayah sudah tentu mahu menyelamatkan anak-anak perempuanya dari terus dikasari tanpa menghiraukan sifat kebinatangan yang diletakkan ke dalam diri FRU ketika itu.



FRU menolak Sdr Zahir dengan kasarnya dan dia terus terjatuh di atas jalanraya. Kami yang ada berdekatan ketika itu terus meluru ke arah kumpulan FRU yang telah pun menghurung Sdr Zahir seperti binatang buas yang menghurung mangsanya dan cuba menghalang. Jelas kelihatan, Sdr Zahir sedikitpun tidak melawan kerana menyedari perisai Kasut FRU yang dahsyat sekali. Tuan Syed Ibrahim Syed Noh yang berada berdekatan turut datang untuk cuba menyelamatkan Sdr Zahir yang kelihatan terbaring tidak bergerak diatas jalanraya. Anak-anak Sdr Zahir terus menjerit agar Polis dan FRU tidak terus membelasah ayah mereka. Namun Polis dan FRU terus membelasah Sdr Zahir dengan mengheretnya yang sudah pun berdarah-darah di mulut. Polis mengheret tangan Sdr Zahir dari atas jalanraya ke siar kaki jalan. Kelihatan jelas gari besi yang terjuntai utnuk menggari tangannya.



Selesai episod tersebut, FRU dan polis masih lagi tidak puas, mereka terus-menerus menolak kami. Ketika itulah saya dan Asiah didikongan saya turut terjatuh di tepi jalan. Asiah menangis ketakutan. Walaupun takut dan letih, berundur tidak sekali. Sebagaimana para peserta demo yang lain kami terus berada di situ memberikan semangat kepada peserta yang ditangkap. Kami beredar untuk mengiringi Sdr Zahir yang di bawa ke HKL untuk rawatan. Para peserta demo terus mengadakan perhimpunan dengan aman setelah polis-polis dan FRU serta truck-truck mereka beredar dari kawasan KLCC. Inilah bukti jelas bahawa perhimpunan yang aman hanya menjadi kasar, ganas dan tidak bertamadun dengan tindakan polis dan FRU sendiri sahaja.



Setiba kami di HKL kami terserempak dengan Ustaz Nashauddin yang mengiringi seorang peserta demo yang telah dibelasah oleh FRU. Kepalanya luka, dan darah merah membasahi muka dan bajunya yang berwarna gelap jelas lencun dengan darah merah. Kejam sekali pihak berkuasa. Selesai urusan di HKL kami bergerak pula ke Penjara Pudu untuk menunggu dan memberikan sokongan moral kepada pejuang-pejuang hak rakyat yang ditangkap dan disumbatkan ke dalam Penjara Pudu. Di sana juga ramai yang setia menanti sambil mengadakan protes TURUNKAN HARGA MINYAK dan BEBASKAN TAHANAN secara aman. Semua menunggu sehingga ke semua tahanan dibebaskan pada jam 3. 50 petang. Sdr Ronnie Liu dibebaskan paling awal, kerana katanya polis tidak tahan dengannya yang terus berdemonstrasi di dalam penjara. Itulah semangat pejuang Hak Rakyat. Kami semua tidak dibiarkan kelaparan di sana, kerana ada saja hidangan yang tiba, dari roti, mee goreng, nasi goreng, hinggakan ke bungkusan nasi kenduri, nasi minyak dan lauk ayam. Alhamdulillah...kami tidak dilupakan, perjuangan kami tetap dikenang dan akan diabadikan oleh generasi Asiah dan anak-anak kecil yang lain yang turut serta. Kami tidak pernah tunduk atau mahu tunduk kepada kezaliman pemerintah yang tidak merasai keperitan dan kesengsaraan hidup dan jiwa rakyat.



Nashita Md Noor

Peserta Perhimpunan Kemuncak Protes Harga Minyak

KLCC

28 Mei 2006

Comments:
takde penyakit cari penyakit...
 
Demo ini bukan utk org yg duduk dlm gua, yg takkan sakit-sakit, tau-tau mati je. UMNO berjuang pun ada sakitnya
 
apa yg dapat diperkatakan adalah...
demo ini adalah sesuatu yg sia²...ibarat anjing menyalak bukit yg tak mendatangkan ape² faedah dan kesan waima sekuman sekali pun...hanya alasan untuk menyatakan kekejaman polis walhal tak sedar, diri sendiri yg mencari masalah dan sudah tentu tau risiko pencari masalah.

sebagai manusia yg dikatakan berfikiran intelek...gunakan akal, fikiran dan kuasa ilmu melakukan sesuatu...tak suka, sampai waktu tukar...bukan buat riot macam org takde hala tuju yg akhirnya diri sendiri dapat sakit dan bising² dengan takde makna. :)

1 good head is better than 100 strong hand.
 
Syabas... Semoga Allah Berkati usaha Puan.
 
Hanya org yg buta,pekak dan suka membuta tuli akan menghina org macam puan!!
Teruskan perjuangan!!
 
mengarut
 
org demo tu pekak.. polis da bg amaran bersurai sebelum anda disuraikan. tp org2 bodoh ni pekak. diorg xnak gak bersurai..jd terima lah padahnya..xdengar kata.. bile umno xdgr kata korg korg jd marahkan? sama lah macam polis, klu korg xdengar kata depa depa pun marah.. bodoh btul statement korg.. aku cabar korg jdi polis lah.. aku dlm department ni tau lah cmne org len talifon polis n marah2 pasal polis x suraikan perhimpunan. mereka nak berniaga susah, nak jln2 pun payah..fkirla. nikmat Allah hanay sementara.. bersyukurlah..
 
Orang nak demo puan nak demo baik duduk saja kat rumah lagi baik bersama anak dan suami.Yang nak pi buat demo yang tak ada penyelesaian tu buat apa harga minyak tetap juga naik lain pula yang jadi tak pasal pasal kena tangkap dengan polis dan kene sembur dengan water cannon sapa yang susah dan sapa yabg senang puan dapat sakit anak menangis ketakutan tapi orang yang menganjurkan demontrasi yang senang pasai dia ada pengikut kalau dia jadi perdana menteri pun dia akan buat benda yang sama.Mari kita bersukor pada tuhan dengan nikmat yang ia berikan pada kita walau pun harga minyak naik kerajaan bantu dari segi pembayaran rebet road tax kereta kenapa tak mau buat demo mintak pihak kerajaan tak payah bagi rebet supaya minyak turun kerajaan bagi sapu tak puas hati buat demo apa nak jadi dengan rakyat malaysia .Lagi satu jangan salahkan polis dengan tindakkan mereka untuk makluman puan depa semua hanya bertugas demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara tapi dengan adanya demo negara sudah jadi kalam kabut puan fikirlah sendiri.Wasalam........!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?