Wednesday, May 31, 2006

 

Kenaikan elektrik: Bebanan baru rakyat bermula esok

Wed | May 31, 06 | 07:06:04 PM

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 31 Mei (Hrkh) - Esok bermula tarif baru elektrik sebagaimana diumumkan kerajaan baru-baru ini. Bagi PAS kenaikan sehingga 12 peratus cukup membebankan rakyat dan bakal mengundang kepada inflasi.

Naib Presidennya, Dato' Husam Musa berkata, apabila tarif elektrik naik secara tidak langsung semua kos pengeluaran akan meningkat walaupun kerajaan 'mencanangkan' ia tidak membenankan rakyat.

"Semua pengusaha sama ada memproses gula, mee kuning atau seumpamanya akan berdepan dengan kenaikan kos operasi sehingga berlipat kali ganda.

"Contohnya, harga sekilogram gula sekarang telah meningkat kepada RM3.10 di sekitar bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh berikutan bekalannya sukar didapati di pasaran," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, kenaikan tarif elektrik sebanyak 12 peratus bakal membebankan lagi rakyat selepas harga minyak dinaikkan akhir Febuari lalu.

"Perkembangan ini amat menyusahkan rakyat sehingga bagi mereka yang mengadakan kenduri terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk membeli gula di pelbagai tempat kerana setiap seorang tidak boleh membeli lebih dua kilogram," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan semula kenaikan tarif elektrik termasuk mengecualikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada membeli petroleum pada harga baru.

Kata beliau juga, kesan inflasi akan merebak kepada ekonomi negara kerana semua kilang memerlukan kuasa elektrik untuk menggerakkan jenteranya.

"Saya tidak bersetuju kononnya kenaikan tarif elektrik tidak boleh dielakkan, sebab ia boleh dilaksanakan dengan cara menguruskan TNB secara lebih cekap," ujarnya.

Lagi pun, menurutnya kerajaan baru-baru ini telah berjanji untuk merombak semua perjanjian dengan pengendali janakuasa persendirian yang dianggap berat sebelah sehingga merugikan TNB.

Comments:
Dia pun sama juga, di Kelantan pun segala-gala naik. Kenapa dia tak sekat harga gula dari naik. Bukankah dia berhak tarik balik lesen premis mereka yang menaikkan harga.

Kini segala caj, sehingga borang rumah murah pun caj, rumah entah dimana - jual borang.
 
Si Husam ni tahu ke apa dia cakap, Harga gula di Wkaf Che yeh RM3.10? Bohonglah. Saya yang tinggal ditepi pasar tak ada pun harga yang begitu tinggi. Over dah ni.
 
Si Husam ni tahu ke apa dia cakap, Harga gula di Wkaf Che yeh RM3.10? Bohonglah. Saya yang tinggal ditepi pasar tak ada pun harga yang begitu tinggi. Over dah ni.
 
Si Husam ni tahu ke apa dia cakap, Harga gula di Wkaf Che yeh RM3.10? Bohonglah. Saya yang tinggal ditepi pasar tak ada pun harga yang begitu tinggi. Over dah ni.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?