Thursday, May 11, 2006

 

Lepas elektrik air pula

Selepas mengumumkan kemungkinan kenaikan tarif elektrik, Menteri yang sama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik menggambarkan bahawa tarif air sediaada juga tidak boleh kekal lama. Komen ini dibuat berikutan lulusnya dua rang undang-undang berkaitan bekalan air di Dewan Rakyat semalam.

Semua ini berlaku kurang dari 3 bulan harga bahan bakar dinaikkan 30 sen seliter. Nampaknya 'vicious cycle' kenaikan harga barang ini cepat menjadi kenyataan. Beberapa hari lalu bekalan gula dikatakan berkurangan termasuk di Kedah dan Perlis, sehingga ada peniaga yang menaikkan harganya. Sudah lama kita tidak mendengar barangan penting hilang dari pasaran. Pihak tertentu dalam kerajaan menyalahkan penyeludupan ke negara jiran sebagai punca. Ini jugalah antara alasan yang dikemukakan ketika kerajaan mahu menaikkan harga minyak tempoh hari.

Kita nantikan apakah langkah selanjut yang akan dilakukan oleh kerajaan. Sementara itu rakyat mesti terus prihatin dan memprotes terus kenaikan harga minya.

Hatta Ramli

Comments:
Begitulah halnya apabila masyarakat memilih pemimpin yang bertopengkan syaitan. Mereka adalah pengikut taughut.Mereka seperti Firaun walaupun pada mereka tidak mengaku begitu.Pemimpin yang sudah hilang pertimbangan yang memilih cara pemikiran Yahudi laknatullah.Pemimpin yang penuh kepura-puraan. Walaupun kebenaran yang lambakkan di hadapan mata mereka namun mereka tetap menafikan kebenar itu. Baru cuba dibentangkan kebenaran tentang penyelewengan dalam parlimen mereka cuba menutupnya bersama. Itu baru permulaan...bayangkanlah kalau kebenaran yang dibentangkan oleh 'pembangkang' adalah kebenaran yang dipetik dari Al Quran dan Hadith dan mereka menafikannya?? Tidakkah mereka sedar akan gugur aqidah mereka?

Air yang merupakan perkara pokok yang perlu dipertahankan oleh kerajaan untuk tidak membebankan rakyat kini diperdagangkan. Dimana tanggungjawab kerajaan yang mewarwarkan ISLAM HADHARI tetapi tak serupa bikin.Sesungguhnya ia mengundang kelaknatan Allah dan rakyat juga akan menerima akibatnya. Dalam melaungkan-laungkan ISLAM HIDHARI yang berasaskan keduniaan, mereka lupa bahawa bagaimana sikap dan sifat pemimpin Agong dunia iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mereka perlu contohi dan ikuti.Baginda yang sanggup menempuh berbagai dugaan dan keperitan dalam pemimpin masyarakat sentiasa bersifat qanaah iaitu sentiasa mendahului kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia. Beginikah pemimpin yang ada sekarang atau sebaliknya? Semua keistimewaan mereka perolehi, dari hujung rambut sampai kehujung kaki, termasuk jugalah isteri mereka dan keluarga mereka. Pemimpin negara kita sekarang bagaimana? Adakah mereka sanggup sama-sama bersusah payah dalam masa rakyat marhaen dalam keperitan hidup? Mereka masih lagi seronok bermain golf, pergi memancing, berhiburan dan berseronokkan di sana-sini tapi rakyat masih lagi menderita dan ada yang tidak makan?

Beginikah kehidupan yang kita mahukan? Mungkin ada dikalangan kita yang selesa hidupnya tidak akan memikirkan hal-hal 'remeh' sebegini. Mereka berfikiran jumud sepertimana pemimpin mereka yang menafsirkan sesuatu dengan tafsiran duniawi yang mengikut acuan yahudi dan kapitalis barat tetapi ingat bahawa kehidupan kita di dunia ini mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah. Sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita?

Ya ALLAH ku pohonkan pada MU ketulusan, keredhaan dan hidayah MU, bukanlah pintu-pintu hati sahabat-sahabat dan masyarakat ku,KAU lindungilah mereka yang mempertahankan dan memperjuangkan Agama MU.

Ya ALLAH lindungilah kami dari kemurkaan MU di atas sebab kedurjanaan pemimpin-pemimpin di negara tercinta ini dan sesungguhnya KAU MAHA AGONG dan ENGKAUlah penentu segala-galanya. AMEEN.
 
Salah satu kritik yang dikenakan ke atas gerakan-gerakan Islam yang cuba dan telah memimpin sesebuah kerajaan ialah ketidakmampuan mereka mengendalikan sebuah sistem ekonomi moden lalu menumpukan kepada sesuatu isu semata-mata. Slogan politik mereka hanyalah konsep-konsep umum semata-mata tanpa dasar-dasar ekonomi secara terperinci.

Barangkali sudah tiba masanya sesebuah gerakan Islam yang berpolitik dan mempunyai aspirasi memimpin negara perlu mengemukakan dasar ekonominya secara terperinci supaya para pengundi dapat membandingkan sama ada ianya akan berbeza dengan apa yang kini dilakukan oleh kerajaan sedia ada!
 
Kita setuju supaya parti politik bergelar Islam kemukakan dasar dia, seperti dalam hal air ni. Di Kelantan macamana org sana kendalikan air? Dah swasta ke atau masih bawah gomen? Jgn suka protes sana sini tapi di tempat yg sendiri perintah sama saja
 
Kita juga patut protes pada kerajaan kelantan yang mengalihkan pasar borong jauh kedalam semata-mata nak menyelamatkan perniagaan kapitalis China.

Kita juga protes kera jaan Kelantan yang menjual tebing sungai pada kapitalis Cina dan menukar status tanah melayu kepada bebas.

Kita juga protes kera jaan Kelantan yang menebang 35000 hektar tanah balak dan beri pada kapitalis cina untuk tanam k. sawit. Tak ada melayu tempatan ke?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?