Wednesday, May 31, 2006

 

Protes bantahan kenaikan harga minyak akan diteruskan

Wed | May 31, 06 | 02:08:38 PM

Oleh Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yakin tindakan ganas serta zalim pasukan polis simpanan persekutuan (FRU) dalam menyuraikan perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak didalangi oleh pimpinan politik tertentu.

Menurut beliau, insiden keganasan polis jelas mencabuli hak rakyat dan memburukkan imej pasukan itu khususnya dalam peristiwa 28 Mei lalu, di dataran KLCC.

Beliau berkata, tindakan ganas itu tidak wajar dilakukan terhadap rakyat sebaliknya mereka perlu diberi hak kebebasan untuk menyatakan pandangan secara aman terutama dalam mana-mana isu yang jelas memberikan implikasi negatif kepada mereka.

"PROTES (GABUNGAN MEMPROTES KENAIKAN HARGA MINYAK) melihat kerajaan sebenarnya telah gagal untuk memastikan tiada kenaikan harga barang asas kesan daripada kenaikan harga minyak pada 28 Februari lalu. Kerajaan juga gagal membendung kenaikan tarif elektrik sepertimana yang dijanjikan sebelum ini," katanya dalam sidang media di pejabat Penyelidikan PAS Pusat, pejabat agung, di sini, pagi tadi.

Menurut beliau, PROTES menyeru agar kerajaan berlaku adil dalam mengembalikan hak kebebasan bersuara rakyat dan seterusnya bersikap lebih rasional apabila menangani bantahan terbuka yang dilakukan secara aman.

Katanya, PROTES berharap pihak polis tidak sewenang-wenangnya membiarkan institusi mereka dipergunakan hanya untuk kepentingan orang tertentu dengan mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan awam serta keamanan negara.

"PROTES berazam akan terus bersama rakyat bagi memperjuangkan hak-hak dan suara mereka sehingga kerajaan memberikan keadilan yang sewajarnya," tegasnya. - mks.

Comments:
teruskan usaha yg murni,agar dpt membela nasib rakyat yng kian trtindas,usaha yg berterusan juge dpt membri kesdaran yg total kpd rakyat.
 
Untuk memahami politik Pas yang sebenar, sila layari:

www.partiislam.blogspot.com
 
woi org pas yg bodoh, ingat korang ni dh terer sangat ke nk control negara, negeri tadbiran sendiri terhegeh2! kononnya membela nasib rakyat..tahi anjing! org negeri sendiri tak terbela2! racism! memilih kaum!
 
Teruskan memprotes kami sentiasa sokong secara senyap...
 
Teruskan memprotes kami sentiasa sokong secara senyap...
 
Cakap orang bodoh. diri sendiri lagi bodoh. ma lanciau.
 
Anonymous said...
woi org pas yg bodoh, ingat korang ni dh terer sangat ke nk control negara, negeri tadbiran sendiri terhegeh2! kononnya membela nasib rakyat..tahi anjing! org negeri sendiri tak terbela2! racism! memilih kaum!

6:58 PM

-org camni jenis yg x reti berfikir,buta n bisu sbb die cume ikot pe yg media ckp.Die la bodo,korg terus kan perjuangan!Dan Pas x pilih kaum,Umno,MCA dan parti2 BN je yg Racist!
 
kutuk la umno, dosa tgung sendiri, akhirat jwblah nanti,
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?