Wednesday, May 03, 2006

 

Protes harga minyak: Polis bebaskan 4 aktivis PKR Muda

(Malaysiakini)
Mohd NoorMay 2, 06 6:40pm


Empat aktivis Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditahan di hadapan Wisma Umno Seremban kerana mengadakan sidang media membantah kenaikan harga minyak semalam, dibebaskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban jam 1.30 tengahari tadi.

Empat aktivis berkenaan ialah Ketua Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin; Ketua Pemuda PKR Negeri Sembilan Roslan Roes; Setiausaha Pemuda PKR negeri, Azizi Abdul dan Penolong Setiausaha Pemuda negeri, Amer Hariss. Bagaimanapun, kata Badrul, mereka dikehendaki melaporkan diri sekali lagi di IPD tersebut pada 19 Mei ini untuk menentukan sama ada dibebaskan atau didakwa di bawah Seksyen 152 Kanun Kesiksaan atau Sekyen 27 Akta Polis.

Badrul berkata, beliau menawarkan rundingan kepada Ketua Polis Daerah Seremban, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Hasanuddin Hassan dalam insiden semalam, tetapi ditolak. Katanya, beliau meminta diberikan masa selama lima minit untuk mengadakan sidang media tetapi tidak dilayan, sebaliknya ditarik oleh beberapa anggota polis yang mengiringi Hasanuddin. “Mujur saya tidak cedera walaupun baju terkoyak sebelum dibawa ke IPD Seremban dengan trak polis,” katanya.

Badrul mendakwa, polis melengahkan urusan mengambil keterangan dan hanya berbuat demikian pagi tadi, sedangkan mereka boleh melakukannya semalam.

Protes harga minyak

Badrul percaya tindakan Hasanuddin itu kerana berdendam padanya kerana mendakwa Ketua Polis Daerah Seremban itu mengikut telunjuk Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan), ketika mengadakan protes kenaikan harga minyak baru-baru ini. Menurutnya, beliau berbuat demikian kerana mempercayai Hasanuddin bertindak mengikut telunjuk Mohamad terutama dalam isu membabitkan kenaikan harga minyak di Negeri Sembilan.

“Saya minta maaf kepada Hasanuddin tetapi dengan syarat Hassanuddin mengakui kesilapan beliau terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akib berkata, beliau telah menasihatkan mereka terbabit supaya membuat laporan polis mengenai penahanan mereka itu. “Saya juga meminta mereka supaya melaporkan kejadian itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tindakan lanjut,” katanya yang juga seorang peguam ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, tindakan polis menahan empat ahli PKR itu sebagai tidak sah kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang-undang.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi Hasanuddin bagi mendapat penjelasan mengenai penangkapan tersebut.

Comments:
saudara badrul...
anda mahu memprotes, proteslah uas-puas tetapi nilaikan apa tujuan anda pada pagi tersebut. terjerit terlolong. Memaki OCPD Hasanudin dengan nama anjing...mulut celupar sungguh pejuang PKR sekor ni.Hasanduin tak bertindak agresif, saudara yang terlebih2..sewaktu polis tarik saudara n sahabat lain masih boleh tersenyum. Timbul persolana..apa tujuan bantahan? publisiti murahan? kalau ityu niat saudara..hentikanlah..murah-murahan tak main lah
 
Elok kita nasihatkan sdr Badrul supaya lain kali bila ditarik polis, jgn senyum tapi buat2 le nangis. Ada orang perhatikan sdr Badrul. Sdr Badrul kena tunjukkan keikhlasan, dan jangan utk cari publisiti.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?