Friday, May 05, 2006

 

Tarif Baru Elektrik: Ramalan PROTES Tepat

Seperti yang diramal, kita tidak perlu menunggu hingga tahun depan untuk menyaksikan kenaikan tarif elektrik ekoran kenaikan harga minyak 28 Februari lalu. TNB telah sejak awal mengeluh mengenai bebanan kos pengeluaran kuasa elektrik akibat kenaikan harga minyak. Kini, belumpun tiga bulan berlalu, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik mengumumkan (bahasa Utusan Malaysia: membayangkan) kadar tarif baru akan bermula bulan depan.

Keng Yaik cuba memujuk rakyat dengan mengandaikan bahawa kenaikan tarif tidak lebih nilai sekotak rokok. Inilah cara kerajaan BN meremehkan kesusahan rakyat, sama seperti perbandingan harga minyak petrol Malaysia yang dikatakan rendah berbanding negara ASEAN lain. Sekali lagi rakyat cuba diperbodohkan. Cuma, Keng Yaik belum menyuruh rakyat secara direct 'mengubah cara hidup'. Dia cuma berkata, "Jika mereka menggunakan kadar yang tinggi, mereka akan bayar lebih tetapi jika sesebuah rumah atau pejabat menggunakan sedikit, mereka akan dikenakan kadar yang kurang".

Kalaulah sesiapa yang berani menaikkan harga ekoran kenaikan minyak dianggap 'pengkhianat' oleh Perdana Menteri, maka nampaknya TNB akan jadi pengkhianat. Inilah yang sangat kita takuti kerana kerana kenaikan tarif elektrik akan memulakan satu siri kenaikan harga barangan lain pula, kerana elektrik amat penting dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan.

Semuanya bermula kerana kenaikan harga minyak. Nampaknya pengkhianat yang menaikkan harga barangan bermula daripada pengkhianat pertama, ia itu kerajaan sendiri.

PROTES mengajak rakyat terus membantah kenaikan harga minyak. Jika negara pengeluar lain seperti Arab Saudi boleh menurunkan harga minyak ketika harga dunia melambung, mengapa kita di Malaysia tidak dapat manafaat yang sama? Kita mesti PROTES SAMPAI TURUN!

Dr. Hatta Ramli

Comments:
Sudah lima hari tak ada posting baru. Kenapa sudah hilang GAS atau kerana tak dapat sambutan. Itu lah kalau niat cuma dapatkan publisiti murahan untuk parti, tak akan kemana. "In namal amal bil niat"
 
Pergi ke Beting Maro, Sarawak untuk bantu PAS tanding satu kerusi di sana.

Sambutan baik, blogsite ramai yang access, email proteshargaminyak@yahoo.com pun banyak dapat mesej. Buku Protes pun laris (mungkin sebab edar free). Bab niat tu tak payah dipersoal. Asal dapat turunkan harga minyak jadi le.
 
haha............
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?