Monday, May 29, 2006

 

Tindakan Ganas Polis Mengecewakan

Himpunan aman memprotes kenaikan harga minyak dan tarif elektrik di depan KLCC semalam berakhir dengan tragedi kecederaan dan penangkapan. Laman KLCC yang dibasahi air pancutan 'water canon' dan percikan darah rakyat menyaksikan keganasan polis yang sudah lama tidak disaksikan di negara ini. Rakyat tidak memahami mengapa polis mesti bertindak sebegitu ke atas mereka yang datang dengan aman. Apakah perhimpunan sebegitu terlalu mengancam keselamatan negara sehingga perlu dihentikan 'at all cost'?

Pihak penganjur telah memaklumkan bahawa ini adalah himpunan PROTES yang terakhir. Ianya bukan perarakan yang kita tahu amat ditakuti oleh pihak keselamatan. Ia juga disertai oleh wanita dan kanak-kanak yang datang dengan semangat ceria. Mereka hanya mahu mendengar pesanan pemimpin dan menyebarkan risalah. Namun segala keceriaan dan semangat rakyat direntap dengan tindakan sombong pihak berkuasa yang mempunyai segala kekuatan membuli. Amat memalukan jika pihak polis berbangga dengan kehebatan mereka terhadap rakyat yang lemah.

20 orang termasuk 2 wanita di tangkap dan digari, lalu diangkut ke lokap Jalan Hang Tuah, yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pudu. Mereka termasuk YB Salahudin Ayub (PAS), Ronnie Liu (DAP), Zahir Hasan (KeADILan), Azahari Kadir (JIM), Peguam Zulkifli Nordin dan ramai lagi yang mungkin kita tidak kenali sebelum ini. Hingga kini kita tidak faham tujuan tangkapan ini kerana seperti kes tangkapan terdahulu pada 26 Mac, tiada tuduhan dikenakan ke atas mereka.

PROTES mengecam tindakan luar batasan dan tidak bertamadun pihak keselamatan ini. Tiga orang cedera, seorang parah dengan luka panjang di kepala, sementara seorang lagi retak tulang tangan. Zahir pula cedera di muka dan badan ketika cuba melindungi isteri dan anaknya yang di buli polis. Kerajaan patut menyiasat samada berlaku penyalahgunaan kuasa yang melampau oleh pasukan yang sedang cuba dibaikpulih oleh kerajaan. Kita menuntut supaya didedahkan pihak yang mengarahkan tindakan keras itu dilaksanakan.

PROTES bercadang untuk mengemukakan laporan kepada SUHAKAM sebagai rakaman bantahan kami. PROTES juga mungkin mengambil tindakan menghidupkan lagi protes berterusan isu ini memandangkan sikap kerajaan yang bukan sekadar tidak peduli malah berkeras dengan tuntutan rakyat.

Comments:
Polis FRU bodoh anjing kurap tidak perikemanusiaan Otak beku.Hati hitam iblis !
Kami TIDAK akan maafkan kamu hingga ke akhir hayat.Kita nak sampaikan message rakyat yang tertindas teranyai susah terhempit di sebabkan pemimpin BN tamak haloba rasuah kronisma rakus kuffa setan ! Hidup rakyat !
 
Di Jogjakarta, Indonesia lebih 5000 orang mati, 20000 orang cedera, 200000 orang hilang tempat tinggal. Sengsara.

Itu ditempat orang. Tapi diKLCC Malaysia - lagi sengsara! 15 orang disimbah air oleh FRU, 2 terhantuk kepala ditiang lampu sampai luka, 17 terkucil jatuh tangga...hmmm, kesian betul orang Malaysia kan?
 
di jogjakarta mmg ramai yg sengsara.. kerana itulah penulis blog ke sana membantu mangsa2 di sana..
seeru 'ala barakatillah :)
 
Bukan aku nak Fitnah atau Menghina sebab dalam banyak unit uniform yang paling aku tak hormat ialah ''FRU''

rasanya betul jugak FRU amat diperlukan kat Timor Leste agar anggota FRU tau antara langit dan bumi tinggi dan rendah silap silap ader anggota FRU yang GOL tu nak beserk sangat tunjuk skill Korang kat sana... mengikut citer bapak aku bekas anggota tentera (Dulu Risik dalam Navy), anggota FRU diasuh dengan ganas tanpa perikemanusiaan otak diorang di format ala macam latihan Komando makan Ular dengan Biawak dan masa operasi belasah Moffin agar semangat beserk tu ader...

jadi bila aku pikirkan buang karan jer ATM hantar troops kat saner baik hantar FRU ni jadi Troops kiter boleh buat keje lain,


ATM dianak tirikan

aku kesian kat ATM kelengkapan aksesori kejap OK ader tu pulak macam Rojak tengok FRU lengkap macam nak pegi berperang elok laaa hantar kat Timor Leste
 
Kalaulah boleh harga minyak ni dinaikkan hanya kepada orang yang suka harga naik, kan bagus. Tapi kita tau, walaupun ada yang tak gemar tengok kita demo bantah naik harga, kalau harga turun, dia juga akan sujud syukur. Oleh itu kalau tak malu, elok duduk diam-diam. Biar kami buat kerja utk rakyat.

Blogger kat Jogjakarta la ni, cuba2 bantu mangsa gempa. Tiba2 dengar pulak jiran kat rumah kena tanah runtuh, 48 buah rumah affected dan 3 missing. Besarnya ujian Allah.
 
'kerja untuk rakyat'? setakat berdemo sahaja, kerja apa namanya tuh....macam tu semua orang bole claim dia kerja untuk rakyat.

Apa susah? ambik sepanduk, lepas tu melalak la kat KLCC ke, depan balai polis ke, depan jail ke...pastu bila FRU suruh balik, kita lawan, kalau kena pukul dan berdarah, jangan balut luka tuh...kita biar kasi darah keluar banyak2 sampai ada orang press yang ambik gambar kita.

Kalau ada doctor datang dan nak balut luka kita, kita cakap 'Nanti dulu!, aku nak kasi darah meleleh banyak...biar ada orang ambik gambar kita dulu..ha, lepas tu baru la boleh balut!'. Nanti boleh la masuk roket, harakah, malaysiakini...propaganda la sket.

Cuba cerita sikit, selama ni 'kerja untuk rakyat' ni ada ke hasil dia? Minyak turun harga ke? Yang aku nampak, publisiti murah sahaja.

PAS takde inisiatif lainke?
 
OKlah tu. takkan nak diam diri je kalau kerajaan menindas. macam katak bawah tempurung. Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah.
Jinggo ko takpala engkau org kaya banyak duit minyak naik ko eksyen je.
 
kalau kerajaan zalim ko pilah pindah kat negara lain bodoh. semak je kat malaysia ni.. aku nak hidup aman bukan nak hidup dgn perhimpunan. klau org rasuah tu hal die dgn ALLAH.. ko tu macam bagus sgt.. entah2 sembahyang pun xckup..huhu
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?