Tuesday, June 13, 2006

 

PROTES cadang himpunan susulan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan menganjurkan satu lagi himpunan aman bagi membantah kenaikan harga minyak. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa PROTES yang bermesyuarat minggu lalu.

Tindakan ini diambil setelah orang ramai mahukan himpunan diteruskan setelah himpunan terbaru 28 Mei lalu berakhir dengan keganasan pihak polis terhadap orang awam yang berdemonstrasi. Himpunan lalu sepatutnya merupakan yang terakhir dan ini telah dimaklumkan oleh pihak penganjur kepada hadirin pada hari itu. Namun, melihat kepada ugutan dan tindakan ganas polis, PROTES merasa perlu untuk meneruskan bantahan aman bagi menyedarkan rakyat mengenai implikasi kenaikan harga minyak dan tarif elektrik yang baru diumumkan.

PROTES akan memaklumkan tarikh serta tempat himpunan selanjutnya yang dijangka pada bulan Julai akan datang.

Sementara itu PROTES menolak anggapan bahawa himpunan aman oleh rakyat akan menjejaskan kehidupan seharian terutamanya kepada golongan peniaga. Ternyata ketika beberapa himpunan yang diadakan sebelum ini, kehidupan rakyat berjalan normal dan para peniaga malah beroleh keuntungan ekoran ramainya orang yang berhimpun di satu-satu tempat. Tiada kesesakan lalu lintas yang nyata dilaporkan, manakal pemandu-pemandu menunjukkan sokongan dengan membunyikan hon kereta. Keadaan kelamkabut hanya timbul apabila polis mengganas, yang menyebabkan orang ramai bertempiaran.

Ketika PROTES mengadakan perarakan dan penyebaran maklumat di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur April lalu tanpa keganasan polis, program berjalan lancar dan peniaga pasar malam dan gerai-gerai DBKL turut memberi sokongan, dan perniagaan bertambah maju. PROTES memberi jaminan bahawa keadaan yang sama akan berterusan dalam setiap himpunan anjurannya.

Comments:
tahniah kpd protes krn tetap brsemangat untk meneruskan pembelaan ke atas rakyat,moga Allah sentiasa merahmati perjuangan suci ini...amin.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?